Thursday, April 29, 2010

KIMIA KEHIDUPAN


Post kali ini saya nak bercerita pasal kimia dan kehidupan. Sebenarnya, kimia merupakan eksperimen sains yang sangat menarik yang membolehkan kita memahami apa yang berlaku di sekeliling kita.

Sejak saya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda (1st degree) di Universiti Sains Malaysia (USM), ramai kawan-kawan, sedara-mara dan jiran-tetangga yang bertanya kepada saya soalan ni:

Sipulan: Kau ambik jurusan apa kat USM?

Saya : Kimia...(sambil tersenyum).

Sipulan: Wah! Mesti kau belajar buat BOM kan?

Saya : (Senyum kambing jer...hehe).

Itulah selalu yang berlaku kepada saya. Hampir 80% akan berkata begitu. Sebenarnya, kimia meliputi bidang yang amat luas. Boleh dikatakan hampir 100% hidup kita memerlukan kimia. Bidang makanan, farmaseutikal, perubatan, cat, semikonduktor, tekstil, petroleum, biologi, detergen dan banyak lagi bidang yang memerlukan kimia.

Dulu, masa mula-mula saya dapat course ni, saya tertanya-tanya gak. Saya nak keje ape bila dah abis belajar nanti. Rupa-rupanya, banyak sangat industri di luar sana yang memerlukan Ahli Kmia (Chemist) dalam industri mereka. Macam saya sekarang ni, saya menjadi Pembantu Penyelidikan (RA) di Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Last 2 weeks, saya ada juga menghadiri temu duga di 2 industri yang berbeza iaitu industri cat dan makanan. Ini terbukti menunjukkan, kimia memang diperlukan dalam banyak bidang. Bermula dengan post kali ini, saya akan bercerita sedikit-sebanyak mengenai KIMIA dan KEHIDUPAN.

Post saya kali ini saya nak bercerita:


BAGAIMANA SABUN MENCUCI KOTORAN PADA PAKAIAN KITA?

Ada bahan yang boleh larut dalam air (contohnya, garam) dan ada juga bahan yang tak boleh larut dalam air (contohnya, minyak). Air dan minyak merupakan dua bahan yang tidak boleh terlarutcampur. Jadi, apabila kita hendak menghilangkan kesan minyak pada pakaian atau kulit kita, mencucinya dengan air sahaja pasti tidak mencukupi. Kita memerlukan SABUN.

Sabun terhasil daripada molekul yang mempunyai “kepala” hidroflik (suka air) dan “ekor” lipofilik (benci air).

Sifat yang terdapat pada sabun ini, membuatkan sabun bertindak seperti diplomat yang mana diplomat ini akan berusaha untuk memperbaiki hubungan di antara minyak dan air. Bagaimana? Apabila sabun ditambahkan ke dalam air (semasa proses pencucian), kepala hidrofilik(suka air) ini tadi akan melekat pada air, manakala ekor hidrofobik (benci air) akan melekat pada minyak dan berusaha untuk menarik minyak keluar daripada pakaian itu. Fenomena ini akan menyebabkan berlakunya micellas (minyak akan diserap dan diperangkap).

Kemudian, emulsi di antara air dan minyak akan terhasil. Ini bermaksud, molekul minyak akan terserak di dalam molekul air. Kemudian, emuli ini akan disingkirkan semasa kita membilas pakaian itu.

Kesimpulannya, sabun bertindak sebagai agen pengemulsi. Ia membenarkan air dan minyak terlarutcampur dan membolehkan kesan minyak pada pakaian disingkirkan.

· p/s: Sebenarnya, terdapat banyak lagi proses yang terlibat seperti tindak balas permukaan dan banyak lagi. Ini hanyalah general idea.

Wednesday, March 24, 2010

KONVOKESYEN KE 41 USM

Friday, March 12, 2010

PUTERIKU SAYANG


Lagu in khas ditujukan buat DIRIKU dan rakan-rakan pembaca muslimah yang amat dikasihi





PUTERIKU SAYANG
Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz


Thursday, March 11, 2010

AKHIRNYA!


AKHIRNYA!

Setelah setelah 3 1/2 tahun berada di bumi Universiti Sains Malaysia (USM) menimba ilmu, akhirnya aku akan bergraduasi juga. ALhamdulillah...

Tahniah diucapkan kepada rakan seperjuangan yang akan sama-sama bergraduasi nanti... aqilah, syida, eja, aizan, nadia, zati, ku, wan dan ramai lagi...

Semoga kalian berjaya di dunia n di AKhirat..AMIN..