Monday, March 9, 2009

SABAR ITU INDAH...

Hari ni bumi USM dibasahi hujan lagi. Sekarang ni memang musim hujan kat sini. Alhamdulillah sejuk dan nyaman sekali terasa. Mood pun jadi nyaman.hehe. Hari ini aku kebosanan dan kesunyian. Rumate dan kawan-kawan semua tak balik asrama lagi. Cuma laptop peneman diri.hehehe.

Pagi tadi terus kira anak udang. Sepatutnya aku buat malam semalam tapi oleh sebab terlalu penat aku pun tak sedar entah bila aku tertidur atas meja bertemankan anak-anak udang yang baru menetas. Sepatutnya aku buat kerja-kerja ni kat lab. Tapi atas sebab-sebab keselamatan dan diri aku ni yang agak penakut so, x jadi nak stay kat lab sampai lewat malam. Petang tu aku bawak balik suma alat eksperimen.So, sekarang ni bilik aku dah jadi lab no 2.(Jangan tiru aksi ini di bilik anda...hehehe...) Aku berani bawak balik bahan-bahan sebab sume tak berbahaya. Just air garam dengan lignin je..InsyaALLAH tak toksik..Eksperimen ini memang betul-betul menguji tahap kesabaran aku. Anak udang ni halus sangat. Aku kene kira satu demi satu. Setiap sampel kene masukkan 10 anak udang. aku ada 30sampel.. Bayangkanlah.aku kene kira 300 anak udang.peh..sakit mata dan kepala dibuatnya. Aku mengambil masa selama 3 jam untuk siapkan semua sampel.. Keje ni mudah tapi cerewet..Actualy aku dah ulang kali ke 5 eksperimen ni. Mudah-mudahan kali ni berjaya..AMin..

Kesabaran dan sikap tidak putus asa amat penting dalam diri setiap penyelidik...Bukan sahaja penyelidik bahkan semua manusia di bumi ini..

Kenapa kita perlu bersabar?

Di dalam surah al-Mulk, ALlah menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk kesenangan/kemewahan.
Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu ada hikmah yang sangat besar.

Nabi bersabda :-إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُErtinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)Mukmin Tulen Sentiasa Tabah Cciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُErtinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim)

Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan, sabarlah. However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial. Baru ketika itu kita benar-benar menghayati first hand erti sabar yang sebenarnya.Musibah dalam dalam pelbagai bentuk sama ada kehilangan harta, perceraian, menjadi mangsa fitnah, kematian dan sebagainya. Apa erti sebenar sabar? Bagaimana kita boleh memberi definisi yang tuntas terhadap sabar ini. Apakah tanda menunjukkan bahawa seorang itu benar-benar sabar menghadapi ujian itu? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak mudah diungkapkan; sudah pastinya tidak semudah bila kita menasihatkan orang lain agar bersabar.

Abu Zakaria Ansari berkata, “Sabar merupakan kemampuan seseorang dalam
mengendalikan dirinya terhadap sesuatu yang terjadi, baik yang disenanginya
maupun yang dibencinya.” Abu Ali Daqaq mengatakan, “Hakikat sabar ialah
keluar dari suatu bencana sebagaimana sebelum terjadi bencana itu.” Dan
Imam al-Ghazali mengatakan, “Sabar ialah suatu kondisi jiwa yang terjadi
karena dorongan ajaran agama dalam mengendalikan hawa nafsu.”

Dengan demikian, sabar dapat berarti konsekuen dan kosisten dalam
melaksanakan semua perintah Allah. Berani menghadapi kesulitan dan tabah
dalam menghadapi cobaan selama dalam perjuangan untuk mencapai tujuan.
Karena itu, sabar erat hubungannya dengan pengendalian diri, sikap, dan
emosi. Apabila seseorang telah mampu mengawal mengendalikan nafsunya,
maka sikap/sifat sabar akan tercipta.

Selanjutnya, sabar juga berarti teguh hati tanpa mengeluh, saat ditimpa
bencana. Jadi yang dimaksud dengan sabar menurut pengertian Islam ialah
rela menerima sesuatu yang tidak disenangi dengan rasa ikhlas serta
berserah diri kepada Allah. Dan dapat pula dikatakan bahwa secara umum
sabar itu ialah kemampuan atau daya tahan manusia menguasai sifat
destruktif yang terdapat dalam tubuh setiap orang. Jadi, sabar itu
mengandungi unsur perjuangan tidak menyerah dan
menerima begitu saja.

Sabar itu membentuk jiwa manusia menjadi kuat dan teguh tatkala menghadapi
bencana (musibah). Jiwanya tidak bergoncang, tidak gelisah, tidak panik,
tidak hilang keseimbangan, tidak berubah pendirian. Tak ubahnya laksana
batu karang di tengah lautan yang tidak bergeser sedikit pun tatkala
dipukul ombak dan gelombang yang bergulung-gulung.

Sifat sabar itu hanya dikurniakan Tuhan kepada manusia, tidak kepada
makhluk yang lain. Sebab, di samping manusia mempunyai hawa nafsu, ia juga
dianugerahi akal untuk mengendalikan hawa nafsu itu supaya jangan sampai
merosak atau merugikan. Sedang makhluk haiwani hanya diperlengkapi dengan
hawa nafsu, tidak mempunyai akal. Oleh sebab itu ia tidak mampu bersikap
sabar. Malaikat juga tidak memerlukan sifat sabar, karena ia tidak memiliki
hawa nafsu.

Sirah para anbiya’, ulama kaya dengan kisah-kisah kesabaran insan-insan pilihan Allah (seperti kisah yang diketahui ramai tentang ketabahan nabi Ayyub a.s. tabah menghadapi pelbagai ujian). Bagaimanapun, bagi orang-orang awam (kebanyakan) bilakh kita mengetahui bahawa kita telah mampu dengan izin Allah bersabar menghadapi ujian yang besar. Seorang alim ditanyakan apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesabaran yang tinggi jawab beliau: apabila hamba Allah tersebut telah sampai ke satu tahap di saat hebatnya musibah di mana kebanyakan orang akan cenderung untuk berkata mampukah lagi aku bersabar? Namun biarpun di saat yang getir sedemikian dia masih mampu reda dan sabar, maka itulah satu tanda dia mencapai tahap kesabaran yang tinggi.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah mengurniakan kita dengan sifat yang amat sinonim dengan Mukmin sejati ini, yang begitu mudah dilafazkan lisan namun tidak enteng diterjemahkan dalam kehidupan di saat musibah melanda.

Wallahu ‘a’lam


(Dipetik dari blog hafiz zakaria)

Saturday, March 7, 2009

Aku Merinduimu

Hujan renyai-renyai turun sejak pagi td..membasahi bumi USM. Aku masih lagi terperap di bilik. Hendak ke lab, tapi hujan. Nak buat asignment tp malas.huh!. Aku sungguh bosan hari ini. Kawan-kawanku semua balik kampung, rumateku semua balik kampung. aku keseorangan dan kesepian di sini. bila dok sorang-sorang ni mulalah terpikir-pikir keluarga di kampung. Mak, ayah, wan, aidil, aiman, tok, nek...kakak rindu sangat pada semua...kakak dah lama tak balik rumah, tak ziarah mak, ayah, n adik-adik. Cuma perbualan di telefon sahaja yang dapat mengubati rindu kakak pada semua...Semalam call emak, mak kata adik aiman dah 3 hari demam. Sedihnya aku bila dengar mak kate begitu. aku yang kononnya terlalu sibuk ni terlalu jarang menziarahi mereka. Aiman, semoga cepat sembuh. Kakak kat sini sentiasa mendoakan kesihatan adik. kakak tahu Aiman kuat semangat. Walaupun sedang sakit, dia masih mampu untuk bermain dan menggembirakan kami dengan keletahnya.

Mak...
Kakak rindu sangat nak makan masakan emak...
Kakak dah bosan dengan makanan kat sini...
Kakak rindu dengan belaian emak...
Dulu, masa masih bersekolah dan tinggal dengan emak, kakak pasti akan kucup tangan emak yang berurat kerana penuh berjasa,
Kakak pasti akan kucup pipi emak yang dah mulai berkedut...
Tapi, bila berjauhan...
Kakak tak bole nak buat semua tu...
Kakak rindu sangat dengan mak...
Bila akak susah atau ada masalah, akak akan telefon mak..
Mak lah yang akan menasihati akak agar jangan susah hati dan tertekan dengan masalah tu...
Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian...
Tapi mak,
Akak rindukan belaian dari mak,
Akak rindu nak kucup tangan dan pipi mak...

Hari tu,
Masa kakak demam panas kat rumah,
Maklah yang sentiasa jaga kakak...
Walaupun kakak ni dah besar panjang,
Mak tetap tidur di samping kakak masa kakak sakit...
Mak...kakak, sayang mak...
Terima kasih mak...
Kakak rasa sangat bertuah mempunyai seorang ibu yang penyayang macam mak...



AKU MERINDUIMU-devotees

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

Friday, March 6, 2009

Mengapa aku begini?

Assalamualaikum... ku mulai coretan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah...
Kini,
aku sedih dengan keadaan diriku,
aku kecewa dengan diriku sekarang ni,
aku hairan,
aku pelik,

dek kerana urusan duniawi yang tak pernah habis,
aku rasa semakin jauh denganMu ya ALLAH,
mengapa ini harus terjadi...

aku sangat mendambakan diriku yang dahulu,
dahulu aku istiqamah membaca kalamMu,
tapi,
kini akan ku baca bila benar-benar ada kelapangan...
mengapa aku harus begini..
aku tak suka kehiduapan ku kini..

dahulu sewaktu di matrikulasi,
masjidlah tempat untuk aku me'release tention'..
tapi,
kini kekerapan aku ke masjid boleh dihitung...

aku tak suka ini semua...
aku sentiasa mendambakan cintaMu ya RAbb..

Apa dah jadi dengan diriku ini?

Jiwaku tidak setenang dahulu..

Bantulah hambaMu ini ya ALLAH...