Monday, July 20, 2009

Hari ini...

Alhamdulillah..aku baru je balik dr makan kt Pak Hussein Tom Yam. Tom yam die memang syok ler lebih-lebih lagi ada orang yang baik hati belanja aku hari ni. Terima kasih kak bed kerana sudi membelanja saya yang memang tengah budget ni. Even sekarang ni dalam proses nak boikot nasi kononnya, tapi biler org nak belanja, rezeki depan mata, takkan nak lepas je kan. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah. Sebenarnya bukanlah pasal makan yang aku nk pointkan di sini tp ni just iklan sebelum masuk citer yang nak disampaikan.

Pernah tak kawan-kawan melalui satu hari yang penuh dengan cabaran dan menguji kesabaran? Mesti pernah kan? Satu hari tu semua yang kia wat mest tak menjadi. Ada sahaja masalahnya. Itulah yang aku alami hari ni.

Pagi-pagi lagi, sampai je lab Dr trus tanya pasal 'zeta potential' yang aku buat untuk test emulsion. Tapi, aku tak dapat bagi jawapan yang bagus. Yela, tiba-tiba je Dr tanya masa aku tengah dok sibuk buat eksperimen. Otak aku pun jadi terkejut. Tak sempat otak aku nak search dokumen-dokumen yang aku simpan dalam laci memori aku. So, Dr pun sedekah lah senyuman die yang sangat sinis. Matilah aku....

2nd story,
Dr tanya aku pasal artikel air zam-zam yang Dr suruh aku buat Tapi, aku terpaksa bagi jawapan yang menghampakan Dr. Tak siap lagi. Inilah jawapan aku paling tak suka nak bagi. Tapi nak Buat camne, dh tu je jawapn yang aku ada. Bukan aku sengaja tak siapkan. Actualy, aku dh wat hampir separuh, tapi kite manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Lap top aku tiba-tiba buat hal. Aku simpan artikel kat desktop, so, tak dapatlah aku selamatkan artikel aku tu. wawawa..sedey nye...nak menangis rasa kene wat semula daripada awal. Sabar je la.. Maaf Bos!

3rd story,
Hari ni Dr mintak aku tepah hotel di Kota Kinabalu Sabah. Tapi, sekali lagi aku menghampakan Dr. All room are fully BOOKED!....Arghhhh..tak sukenyer..nak kene berdepan lagi dengan Dr.
DR, mintak maaf sekali lagi...

4th story,
Petang tadi buat analysis kat farmasi. analysis zetasizer... tapi, nasib malang lagi..mesin yang aku kene gune tu rosak pulak...
Ya Allah..
sungguh besar dugaan aku hari ni...
Sangat-sangat menguji kesabaran tapi aku tau ni semua perancangan Allah..pasti ada hikmah di sebalik kejadian nie...



-Rehat jap pas tak dapat jawab tutor organik-
Noor Hidaya
Desasiswa Indah Kembara


Sunday, July 19, 2009

Assalamualaikum pembuka bicara....

Sudah terlalu lama aku tak meng'update' blog aku ni..maaf semua. Aku bukanlah menghilang. Hanya ingin berehat mencari ketenangan. Alhamdulillah semester baru sudah bermula. Semester ni merupakan semester terakhir aku untuk menamatkan ijazah sarjana muda di bumi USM yang indah ini. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang telah aku lalui sepanjang 3 tahun berada di sini. Semester terakhir ni akan aku gunakan sebaik mungkin. Lebih kurang 4 bulan sahaja lagi untuk aku berada di sini. Masa yang terlalu singkat.

Sebenarnya, semester ni adalah semester tambahan atau lebih senang cakap 'extend sem'. Ini semua telahku rancang sejak aku berada di tahun pertama lagi kerana aku kurang mampu untuk mengambil beban kerja yang banyak setiap semester. Bukan aku seorang yang extend, tp ramai teman-teman seperjuangan yang extend jugak. Kate penaihat akademikku, "Biar kita lambat berijazah, tp ijazah yang kita dpt tu berkualiti"...So, even aku terpaksa bergrad 1 tahun lewat dpd rakan yang lain, aku tak kisah...Asalkan aku puas hati dgn pencapaianku di sini. Buat teman-teman seperjuangan yang akan berijazah pada bulan 8 ni, tahniah diucapkan... Semoga kalian cepat dpt kerja and rajin-rajinlah jenguk kami di USM ni...

Alhamdulillah, projek tahun akhirku hampir siap..Kini dah masuk fasa analisis terakhir dan penulisan report. Setelah hampir setahun menyiapkan projek ni, byk dugaan yang telah aku harungi. Terlalu byk kenangan pahit dan manis yang aku lalui. Kadang-kadang terkeluar mutiara jernih dari mata kerana tekanan tertentu drpd luar. Tp aku yakin itu semua hanyalah cubaan yang aku harus tempuhi untuk mencapai cita-citaku di sini. Terima kasih kpd Dr. Nasir kerana sudi menerima aku di bawah seliaan beliau. Terima kasih dia atas segala nasihat dan dorongan dpd kak dayah n kak liyana, sokongan dpd teman seperjuangan di lab, teman-teman sekuliah, syida and qilah serta sokongan moral yang padu dpd ayahanda dan bonda tercinta di kampung yang tak pernah putus memberi sokongan kepadaku. Tak lupa juga buat insan yang selalu memberi kata-kata semangat kepadaku... sokongan daripadamu amat aku hargai...