Tuesday, November 11, 2008

Taubat Seorang Hamba

Taubat Seorang Hamba


Album :
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com



Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...


Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


Apabila mendengar sahaja lagu ni berkumandang, hati aku menjadi begitu sayu...terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Adakah Allah akan mengampuni dosa-dosaku? Aku seorang manusia yang terlalu lemah. Terlalu banyak nikmat yang telah dikurniakanNya kepadaku tetapi mengapa aku masih degil...Ya ALLAH, amunilah dosa-dosaku ya Allah..Jika Engkau tidak mengampuni dosaku ini, kepada siapa lagi aku harus memohon keampunan? Ampunilah hambaMu yang hina, lemah dan kerdil ini ya ALLAH...

3 comments:

Anonymous said...

Update.update..update..

rossees said...

(from hadith Qudsi) ......A servant [of Allah's] committed a sin and said: O Allah, forgive me my sin. And He (glorified and exalted be He) said: My servant has committed a sin and has known that he has a Lord who forgives sins and punishes for them. Then he sinned again and said: O Lord, forgive me my sin. And He (glorified and exalted be He) said: My servant has committed a sin and has known that he has a Lord who forgives sins and punishes for them. Then he sinned again and said: O Lord, forgive me my sin. And He (glorified and exalted be He) said: My servant has committed a sin and has known that he has a Lord who forgives sins and punishes for sins. Do what you wish, for I have forgiven you. ......O son of Adam, so long as you call upon Me and ask of Me, I shall forgive you for what you have done, and I shall not mind. O son of Adam, were your sins to reach the clouds of the sky and were you then to ask forgiveness of Me, I would forgive you. O son of Adam, were you to come to Me with sins nearly as great as the earth and were you then to face Me, ascribing no partner to Me, I would bring you forgiveness nearly as great at it.

salaam =)

Anonymous said...

oh kawan kehidupanmu di sebalik timbunan bahan-bahan kimia ditempatkan pula di makmal cantik terletaknya sebuah rumah ikan yang kau sering bersihkan habitatnya itu..betapa makmalmu itu bersih udaranya tidak seperti makmalku yang tak punya hidupan..kesibukanmu di sebalik bahan-bahan kimia yang melangkaui pekerjaanku yang sudah selesai..sesungguhnya kehidupanmu di sebalik timbunan bahan-bahan kimia yang bukan buatan Malaysia itu membuatkan aku penuh tanda tanya..mungkinkah kau mahu rumah maya ini sepi tanpa berita?..

Cerita pendek bihun goreng kampung yang kau pesan tidaklah dapat aku tunaikan sebaiknya kerana aku kira sejujurnya perlulah aku mengikuti mana-mana bengkel penulisan terlebih dahulu..aku masih perlukan tunjuk ajar daripada yang arif..

Adakah kau masih mahu membisu?..Tidak cukup kesibukan kau di makmal kimia kini kau punya tugas berat di pusat dadah itu..Apa pun aku pohon kau berilah ruang untuk diri kau berehat seketika..mungkinkah kau masih teragak-agak untuk berbincang dengan 'yang terutama' makmal kimiamu itu?

Apa pun jerih payah kau di sebalik timbunan bahan-bahan kimia itu tidaklah lagi seperti kau ini pelajar ijazah sarjana muda..selayaknya sarjana atau lebih lagi..sebenarnya dirimu berbakat jadi sebab itulah kau diberi kepercayaan demi kepercayaan..sungguh aku harus belajar daripada ketabahanmu itu..

Sudah sekian lama aku kira kita tidak berdiskusi bersama..semoga tautan ukhwah bersama halaqah usrah yang kita bentuk tidak akan terputus begitu sahaja..semoga kau terus berjuang oh kawanku..

Waktu malam hujan sungguh sejuk
Sesudah aku menelaah alkylation of enolate ions
L07 ,Desasiswa Indah Kembara