Saturday, March 7, 2009

Aku Merinduimu

Hujan renyai-renyai turun sejak pagi td..membasahi bumi USM. Aku masih lagi terperap di bilik. Hendak ke lab, tapi hujan. Nak buat asignment tp malas.huh!. Aku sungguh bosan hari ini. Kawan-kawanku semua balik kampung, rumateku semua balik kampung. aku keseorangan dan kesepian di sini. bila dok sorang-sorang ni mulalah terpikir-pikir keluarga di kampung. Mak, ayah, wan, aidil, aiman, tok, nek...kakak rindu sangat pada semua...kakak dah lama tak balik rumah, tak ziarah mak, ayah, n adik-adik. Cuma perbualan di telefon sahaja yang dapat mengubati rindu kakak pada semua...Semalam call emak, mak kata adik aiman dah 3 hari demam. Sedihnya aku bila dengar mak kate begitu. aku yang kononnya terlalu sibuk ni terlalu jarang menziarahi mereka. Aiman, semoga cepat sembuh. Kakak kat sini sentiasa mendoakan kesihatan adik. kakak tahu Aiman kuat semangat. Walaupun sedang sakit, dia masih mampu untuk bermain dan menggembirakan kami dengan keletahnya.

Mak...
Kakak rindu sangat nak makan masakan emak...
Kakak dah bosan dengan makanan kat sini...
Kakak rindu dengan belaian emak...
Dulu, masa masih bersekolah dan tinggal dengan emak, kakak pasti akan kucup tangan emak yang berurat kerana penuh berjasa,
Kakak pasti akan kucup pipi emak yang dah mulai berkedut...
Tapi, bila berjauhan...
Kakak tak bole nak buat semua tu...
Kakak rindu sangat dengan mak...
Bila akak susah atau ada masalah, akak akan telefon mak..
Mak lah yang akan menasihati akak agar jangan susah hati dan tertekan dengan masalah tu...
Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian...
Tapi mak,
Akak rindukan belaian dari mak,
Akak rindu nak kucup tangan dan pipi mak...

Hari tu,
Masa kakak demam panas kat rumah,
Maklah yang sentiasa jaga kakak...
Walaupun kakak ni dah besar panjang,
Mak tetap tidur di samping kakak masa kakak sakit...
Mak...kakak, sayang mak...
Terima kasih mak...
Kakak rasa sangat bertuah mempunyai seorang ibu yang penyayang macam mak...



AKU MERINDUIMU-devotees

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

0 comments: