Sunday, July 19, 2009

Assalamualaikum pembuka bicara....

Sudah terlalu lama aku tak meng'update' blog aku ni..maaf semua. Aku bukanlah menghilang. Hanya ingin berehat mencari ketenangan. Alhamdulillah semester baru sudah bermula. Semester ni merupakan semester terakhir aku untuk menamatkan ijazah sarjana muda di bumi USM yang indah ini. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang telah aku lalui sepanjang 3 tahun berada di sini. Semester terakhir ni akan aku gunakan sebaik mungkin. Lebih kurang 4 bulan sahaja lagi untuk aku berada di sini. Masa yang terlalu singkat.

Sebenarnya, semester ni adalah semester tambahan atau lebih senang cakap 'extend sem'. Ini semua telahku rancang sejak aku berada di tahun pertama lagi kerana aku kurang mampu untuk mengambil beban kerja yang banyak setiap semester. Bukan aku seorang yang extend, tp ramai teman-teman seperjuangan yang extend jugak. Kate penaihat akademikku, "Biar kita lambat berijazah, tp ijazah yang kita dpt tu berkualiti"...So, even aku terpaksa bergrad 1 tahun lewat dpd rakan yang lain, aku tak kisah...Asalkan aku puas hati dgn pencapaianku di sini. Buat teman-teman seperjuangan yang akan berijazah pada bulan 8 ni, tahniah diucapkan... Semoga kalian cepat dpt kerja and rajin-rajinlah jenguk kami di USM ni...

Alhamdulillah, projek tahun akhirku hampir siap..Kini dah masuk fasa analisis terakhir dan penulisan report. Setelah hampir setahun menyiapkan projek ni, byk dugaan yang telah aku harungi. Terlalu byk kenangan pahit dan manis yang aku lalui. Kadang-kadang terkeluar mutiara jernih dari mata kerana tekanan tertentu drpd luar. Tp aku yakin itu semua hanyalah cubaan yang aku harus tempuhi untuk mencapai cita-citaku di sini. Terima kasih kpd Dr. Nasir kerana sudi menerima aku di bawah seliaan beliau. Terima kasih dia atas segala nasihat dan dorongan dpd kak dayah n kak liyana, sokongan dpd teman seperjuangan di lab, teman-teman sekuliah, syida and qilah serta sokongan moral yang padu dpd ayahanda dan bonda tercinta di kampung yang tak pernah putus memberi sokongan kepadaku. Tak lupa juga buat insan yang selalu memberi kata-kata semangat kepadaku... sokongan daripadamu amat aku hargai...

2 comments:

Anonymous said...

salam, akhirnya kau guna juga warna hitam, sama macam mula-mula blog kau dulu, yuhu!

AQILAH AHMAD said...

haaa!
akhirnya Daya update jgk blog dia..huhu