Tuesday, November 10, 2009

SAKIT GIGI!!!!!

Assalamualaikum...lama menyepi..tiba-tiba keluar pasal sakit gigi pulak... citer ni dah basi tp ape pun layan je la yer..hehe...

Lebih kurang 2 minggu lepas, minggu sebelum study week aku ditimpa ujian yang memang benar-benar menguji kesabaran...aku ditimpa sakit yang tahap kesakitannya adalah selepas sakit mati and sakit bersalin...iaitu..sakit gigi...argghhh!!!

Even bunyi macam bese jer..tapi sakitnyer bukan kepalang.. sakit gigi ni telah menyebabkan aku bukan sahaja sakit gigi, kepala, badan and semualah jadi sakit jugak. Ermm..hampir 4 hari gak lah aku dok terlantar atas katil jer. Kelas tak pi, keje lain pun semua tak bole buat. Sakit sangat2. Time ni mulalah nak ingat mak kat rumah. Kalau aku kat rumah mesti mak dok layan je kita sakit tapi kat sini terpaksalah layan diri sendiri. Nak buat camne, mak jauh kat johor..aku kat penang..eiii..manja sangat..ahaks...

Mula-mula aku just makan ubat sakit gigi yang ada jual kat kedai runcit and makan ubat tahan sakit tapi tak kebah-kebah jugak. Alhamdulillah ada insan yang sangat baik hati bersusah-payah hantar ubat n makanan untuk aku kat sini even rumah dia jauh di seberang jaya. Terima kasih banyak-banyak. Jasamu dikenang...hehehe...

Oleh kerana tak ekbah jugak after sehari, aku pun terpaksalah telepon mak ayah kat johor. Mintak petua nak bagi sembuh n mintak doa. Doa mak ayah kan dimakbulkan. InsyaALLAH..bukan pe dah tak larat sangat2 nak tanggung..masa tu muka pun jadi bengkak sangat2 sampai malu nak keluar bilik..hehehe... Mula-mula aku malas nak gi kelinik. Aku ni sebenarnya paling tak suka adalah gi kelinik, jumpa Dr n makan ubat..eii..benda aku paling alergik..tapi bila ayah aku kater sakit gigi ni bole bawak mati..ape lagi, time tu gak aku minta tolong kawan aku pi hantar aku ke kelinik. Takut,...tak sedia lagi nak mati. amalan belum cukup, dosa pulak banyak...moga Allah amupunkan.amin.... Terima kasih banyak2 diucapkan pada 'kawan' aku tu coz telah menghantar aku ke klinik...tp nasib aku malam tu memang kurang baik. Semua klinik gigi dah tutup. Terpaksalah gi Klinik biasa. Mula-mula gi klinik panel USm yang kat gelugor tu..tp sabor jer...Dr tak tengok pun..juz tanya sakit apa, then ckp suruh gi amik ubat kat kaunter. Kalau mcm tu punye senang jd Dr, aku pun bole jd.. geram jer,,,dahler tgh sakit ni. Bole pulak Dr tu treat aku cmni. Sabor jela...

Pastu aku pun gi lah klinik lain plak. Kali ni gi klinik berbayar. Klinik free mcm hampeh je. Try gi klinik byr.. Alhamdulillah layanan baik. Die cek even Dr tu bkn Dr gigi. Tp dgn keprihatinan Dr tu mengecek bahagian yg sakit tu telah mengurangkan sikit rasa sakit gigi aku. Psiko je tu..(maklumlah bayar..hehe) Dr kate die x bole nk wat ape. Die juz bole bagi ubat tahan sakit je. Aku pun diinjek. Even aku takut injection, tp kesakitan gigi yang melampau menyebabkan aku jd kebal terhadap sakit injection tu...

Then, terus balik bilik. Sampai bilik bolela wat cikit2 keje yang tertangguh. Report sample luar tak siap lagi. Sempatla tengok-tengok sikit malam tu. Injection tu juz tahan 12 jam jer. So, aku menggunakan masa yang ada untuk menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai.

Sok pagi aku terus gi kelinik gigi Usm. Dr kat situ sangat baik. Tak ingat nama die tapi memang baiklah...nurse pun sumer baik. Dr kate gigi aku trauma. TRAUMA??? Gigi pun bole trauma ke? Ingatkan orang je yang ada trauma ni. Dr kate biasenyer gigi yang pernah mengalami accident akan mengalami trauma. Itulah penyebab gigi aku sakit.

Actualy, dulu aku pernah accident. Then teah menyebabkan 2 batang gigi aku patah n 1 lagi tercabut. isk...isk..isk..betapa sadisnyer...aku telah kehilangan gigi yang amat-amat kusayangi. Tapi malang telah menimpa diriku. Apekan daya, malang tak berbau. Gigi yang patah telah disambung oleh Dr Hani Zuhirah kat Klinik Gigi Permatang Pauh. Even just tampal tapi nampak real gigi aku ni. After setahun ditampal, barulah gigi tu kembali tauma. Dr kata, rawatan yang terbaik adalah buat rawatan akar..wawawa...seramnyer bunyi. Tp nak baik punyer pasal aku kene wat jugak...Ape rawatan akar tu???


RAWATAN AKAR


1. Rawatan akar gigi atau root canal teraphy merupakan rawatan khusus yang dilakukan oleh doktor gigi anda untuk membaik pulih keadaan status gigi agar boleh berfungsi secara normal semula.
Rawatan ini dilakukan di bahagian tisu pulpa gigi dikebuk dan juga dibahagian akar gigi. Ia merupakan rawatan yang spesifik dan khusus agar gigi tersebut dapat digunakan semula atau dengan kata lain tidak dicabut. Biasanya ia dilakukan apabila gigi anda mengalami masalah kesakitan disebabkan oleh keradangan dan infeksi pulpa yang tidak dapat dirawat dengan cara tampalan atau ubat-ubatan.


2. Indikasi rawatan akar gigi biasanya adalah seperti:-
a. Lubang atau karies gigi yang terlalu dalam dan telah menyebabkan jangkitan atau keradangan pulpa yang tidak berbalik.
b. Gigi yang telah retak dan telah mengalami simptom kesakitan yang berterusan
c. Didalam setengah setengah kes kosmetik dimana pulpa gigi dikeluarkan secara pilihan supaya gigi berkenaan dapat diubah suai lebih mudah dan tidak menimbulkan masalah kemudian.
d. Gigi yang tidak vital (yang telah necrosis) dan berubah warna.

3. Prosedur rawatan
Biasanya gigi anda akan diberi suntikan lokal agar tidak sakit semasa rawatan dijalankan. Doktor gigi anda akan menggunakan alatan khas untuk mendapatkan akses ke dalam kebuk dan kanal akar. Setelah akses diperolehi, kebuk dan kanal akar akan dicuci ( Cleaning and irrigation) serta dibentuk ( shaping) . Rawatan ini biasanya memerlukan lawatan ulangan bergantung kepada jenis gigi dan masalah yang dihadapi












Akhir sekali , setelah gigi dirawat secara sempurna dan tidak menunjukkkan tanda dan simptom, gigi tersebut akan ditampal dibahagian kebuk dan kanal akar dengan bahan tampalan yang khusus dan dibuat dari getah (gutta-percha). Setelah itu gigi berkenaan akan di tampal dibahagian permukaan secara kekal atau dipasangkan korona disetengah- setengah kes yang perlu.

4. Kos rawatan
Kos berbeza bergantung kepada jenis gigi dan kepayahan rawatan yang dijalankan. Biasanya bermula dari RM350.00 hingga RM 1000.00 ( Kos ini termasuk x ray dan tampalan akhir sahaja)


Wawawa..mane nak cari duit banyak tu..

Tapi alhamdulillah ALLAH telah memakbulkan doa aku. mak n ayah serta kawan-kawanku.. Sakit gigi aku telah hilang selepas lebih kurang 4 hari aku merana. Pas makan ubat yg Dr bagi, bengkak dah makin surut, sakit pun makin hilang. Kuasa ALLAH. Aku sangat2 lega coz tak payah nak wat rawatan akar gigi yang menakutkan tu..hehe...

Terima kasih banyak-banyak kepada mak, ayah n kawan-kawanku yang banyak membantu dan mendoakan aku. Kepada 'insan' yang paling banyak membantu sepanjang aku sakit gigi ni, jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan. Jasa kalian akan sentiasa kukenang....


Noor Hidaya
-Desasiswa Indah Kembara-
5.17 pm

1 comments:

rossees said...

Salam Daya,

Ak baru mengerti kesakitan ini. Minta maaf. Sakit gigi boleh bawa mati jugak..huhu..baru tahu...Ko memang seorang yang sangat tabah sebab tu ditimpa ujian kesakitan begini kot. Moga Allah sentiasa mengasihimu. All the best! Kat Penang lagi ke?

=D

Salam